Latar Belakang

Manir

Manir merupakan sebuah pekan yang terletak kira-kira 8 km dari pusat bandar Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Kawasan ini terdiri daripada kawasan berpenduduk majoriti Melayu 99 peratus sementara yang lain terdiri daripada penduduk kaum Cina. . Manir terbahagi kepada dua iaitu kampung Manir asal (Manir pasar dan kampung sekitarnya) dengan Kampung Manir Kubang Jela. Penduduk pekan ini dianggarkan berjumlah 7000 orang. Manir juga adalah merujuk kepada DUN Manir yang meliputi kawasan kampung Manir dan sekitar. Secara teknikalnya Manir diletakkan dibawah Parlimen Hulu Terengganu bagi tujuan pentadbiran, walaupun berada dalam daerah kuala Terengganu.

 

Jalan Perhubungan

Secara geografinya, kawasan Manir terletak di sepanjang aliran Sungai Terengganu sehingga 14km ke timur, hingga ke sempadan pekan Telemong. Disebabkan itu, penggunaan sungai adalah amat penting pada ketika dahulu. Terdapat banyak pengkalan dibina oleh penduduk tempatan bagi membolehkan perahu yang mudik sungai terengganu singgah.Sekarang, laluan sungai mula beransur-ansur hilang popularitinya disebabkan keadaan jalan raya yang baik dan semakin ramai penduduk memilik kenderaan. Bagaimanapun, kesan kepentingan sungai terhadap penduduk masa lalu masih boleh dilihat pada hari ini, seperti Balai Polis Manir yang unik, terletak di tepi sungai dan memiliki pengkalannya sendiri. Selain itu juga, sungai digunakan oleh masyarakat DUN Manir  untuk menternak pelbagai jenis ikan bagi menjana pendapatan keluarga. Manir terletak diantara pekan Batu Enam dan Pusat Bandar Kuala Terengganu melalui jalan raya empat lorong. Disebabkan kedudukannya yang di tengah-tengah kawasan penting ini, maka ia turut menerima banyak limpahan pembangunan.

 

Ekonomi     

Manir terkenal semenjak dahulu lagi sebagai pusat perniagaan. Pasar Manir adalah satu pasar tradisional mega yang diadakan setiap hari Sabtu. Pasar ini menarik ramai peniaga tetap dan peniaga tidak tetap, termasuklah dari peniaga Thailand, Vietnam, China dan Indonesia. Antara barangan yang dijual disana termasuklah barangan kulit, pasar basah, kuih muih tradisional dan pakaian. Pelbagai produk tradisional yang tidak dijumpai lagi ditempat lain turut dijual disini, antaranya adalah kuih tradisional Lok Lit dan pelara. Ketupat juga tidak kurang popularitinya dalam kalangan masyarakat Manir.

 

 

Leave a comment