Ketupat Daun Palas

Ketupat Daun Palas

Apabila menjelang tiba hari raya aidilfitri, ketupat tidak lagi asing ditemui di mana-mana sahaja dalam negara Malaysia. Antara jenis ketupat yang tidak asing didengar ialah ketupat palas, ketupat bawang, ketupat nasi dan sebagainya. Ketupat bukanlah satu makanan yang biasa ditemui dalam bulan-bulan yang biasa. Kebiasaannya ketupat tidak lengkap tanpa kuah kacang, rendang, ataupun pelbagai jenis masakan berempah.

“… rahsia pembuatan Ketupat Nora di warisi turun temurun …”

Nora Binti Abdullah merupakan pemilik Ketupat Nora, yang menerobos pasaran penjualan ketupat palas di Manir. Keenakan Ketupat Nora sering kali dicari tidak kira pada musim hari raya mahupun pada hari biasa. Nora menghasilkan ketupat palas yang mengikut resipi turun temurun daripada keluarganya yang masih mengikuti langkah-langkah yang diwarisi kepadanya.

Kampung Beladau Kolam merupakan tempat yang dijadikan pusat pembuatan ketupat serta menjadi kampung halamanya supaya memudahkan segala operasi pembuatan ketupat daun palas dan ketupat pulut. Pelbagai cara pembuatan ketupat daun palas dan ketupat pulut yang sering diperkatakan seperti direbus serta digoreng namun rasa dan teksturnya amat berbeza dengan ketupat yang lain. Kelazatan tidak dapat ditandingi dengan rasa yang berlemak sesuai dimakan begitu sahaja, dimakan bersama ikan rebusan, malah boleh juga dimakan dengan pelbagai lauk kebiasaan yang biasa dimakan bersama nasi biasa. Dengan menawarkan harga yang berpatutan untuk 100  iaitu RM30 untuk yang saiz sederhana manakala RM50 untuk bersaiz besar, Ketupat Nora menjadi pengeluar ketupat palas yang menjadi pilihan penduduk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s