Penternakan Burung Puyuh

M&M TERNAK
951 KG PADANG MACANG,21200 KUALA TERENGGANU,TERENGGANU.
NO TEL:013-9126050

PENGENALAN
Penternakan puyuh telah lama dipelihara oleh penternak puyuh tempatan. Hasil utama penternakan ini adalah telur puyuh yang telah sedia ada pasaran tersendiri dan terhad. Pengeluaran daging untuk dimakan adalah dari hasil sampingan penternakan puyuh penelur ini. Puyuh jantan yang tidak diperlukan untuk pengeluaran telur akan diproses dan dijual . Begitu juga puyuh-puyuh penelur yang tua akan diproses dan dijual sebagai daging puyuh.

Perusahaan puyuh ini diusahakan oleh syarikat persendirian iaitu M&M TERNAK. M&M TERNAK yang diusahakan oleh Zakaria Bin Husin.Syarikat ini menjual puyuh hidup,puyuh proses dan mesin penetasan telur. Burung puyuh ini dan produknya dijaga kualitinya dengan dijaga pemakanannya sehari-hari. Puyuh ini dijual mengikut harga-harga tertentu seperti puyuh hidup berharga RM12/kg, puyuh proses RM18/kg, dan anak puyuh RM3/ekor.

Reban Burung Puyuh

Pada awalnya, Encik Zakaria hanya mencuba-cuba dalam bidang ini sebelum bergiat serius meneruskan perusahaan puyuh ini ke tahap yang lebih membanggakan. Setelah beliau melihat potensi yang ada pada perusahaan/penternakan puyuh ini, beliau memberikan perhatian yang khusus bagi membekalkan daging puyuh, anak puyuh, dan telur puyuh khususnya dalam kawasan Terengganu terutama di Manir. Namun, Encik Zakaria bersedia menerima tempahan daripada luar malah sedang mencuba menerobos pasaran antarabangsa.

Anak kelahiran Terengganu yang bergraduan daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini mengaplikasikan pembelajaran yang dipelajarinya dengan mencipta mesin penetasan telur puyuh (Automatic Electronic Incubator). Mesin penetasan telur ini dijual dengan harga RM3100/unit. Untuk keterangan lanjut mengenai mesin penetasan telur anda boleh layari blogspot tertera http://mmternak.blogspot.com/

Automatic Electronic Incubator

STRUKTUR INDUSTRI
Dari tinjauan yang dibuat didapati struktur penternakan puyuh ini sangat kompleks. Syarikat persendirian ini mengusahakan puyuh segar dan anak puyuh tetapi syarikat ini lebih memfokuskan pengeluaran daging segar yang sudah diproses dan belum diproses.

SASARAN PENGELUARAN
Bagi puyuh segar keuntungan kasar yang dianggarkan adalah sebanyak RM2000 bagi setiap bulan manakala mesin penetasan telur mengikut kadar tempahan pada setiap bulan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s