Kebun Salak

Buah salak yang sudah masak ranum

Berbentuk bulat telur terbalik, runcing di pangkalnya dan bulat di ujungnya, bersisik dan berwarna coklat, buah salak amatlah terkenal di kawasan DUN Manir ini. Bertempat di KG. PASIR TEMBAKANG, MANIR, generasi veteran watan Terengganu, WAN IBRAHIM, 72, membuka satu peluang bagi dirinya untuk mengusahakan sabuah kebun salak seluas lebih kurang 0.5 hektar. Berasaskan modal yang tidak seberapa, beliau mula berjinak-jinak dengan tanaman ini dengan membuka satu kawasan seluas 0.5 hektar bagi memulakan perusahaannya.

Tapak kawasan tanaman buah salak yang bersebelahan dengan halaman rumahnya memudahkan urusan beliau untuk menguruskan dan menjaga tanaman itu. Bukan itu sahaja, tambahan lagi strukutur geografinya yang amat unik iaitu berdekatan dengan Sungai Terengganu juga membantu sistem pengaliran air sekitar kawasan kebun tersebut, menyuburkan tanah, menyuburkan tanaman.

En. Wan Ibrahim bersama salaknya

Bercakap tentang risiko, ancaman haiwan liar seperti babi hutan memang tidak dapat dielakkan sama sekali. Oleh itu, EN. WAN IBRAHIM telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan memagar kebunnya dengan kawat berduri. Salak mengambil masa selama 2 bulan untuk memasakkan dirinya. Dengan ini, pengambilan hasil buah salak dapat dilakukan dalam tempoh yang agak cepat. Wan Ibrahim juga mengambil upah hasil daripada penjualan buah tersebut, iaitu RM 5/kg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s