Ikan Air Tawar

En. Muhammad sedang memberi makanan kepada ikan-ikan

Kawasan Manir yang bersebelahan dengan Sungai Terengganu membuka peluang pengusaha ikan air tawar. Dimulakan secara kecil-kecilan sehingga mampu membuka lebih daripada 10 sangkar ikan air tawar, pasaran ikan air tawar menjadi semakin meluas demikian kerana permintaan pelanggan yang bertambah.

Kolam ikan ataupun sangkar ikan air tawar di Kampung Beladau Kolam merupakan salah satu penternakan pelbagai spesis ikan air tawar di kawasan Manir. Pertapakan kolam ini adalah di dalam sungai Terengganu ini sendiri yang mana ianya berdekatan dengan rumah pengusahanya. Antara spesis ikan yang terdapat disana adalah talapia hitam dan merah, patin, baung dan lain-lain. Ikan yang diternak di dalam kolam ini bukanlah hanya untuk dijual kepada pelanggan malahan ianya juga diternak bagi mendapatkan benih yang menjadi kitaran semula ikan-ikan yang telah dijual. Perolehan benih ikan ini dapat menjimatkan kos malahan bermanfaat kepada pengusahanya kerana ianya juga boleh dijual kepada pengguna yang lain.

Talapia Merah

Bercerita tentang ikan sememangnya tidak lari dari bercerita tentang kos bagi penjualannya. Pasar Cabang Tiga merupakan lokasi yang seringkali dikunjung oleh pembeli bagi mendapatkan ikan air tawar ini. Harga pasaran yang diletakkan kepada ikan-ikan ini juga adalah sangat berpatutan dengan harga ditempat-tempat lain seperti sekilo talapia dengan harga RM 8.50, patin RM 7.00 dan baung RM 12.50. Pengusaha kepada kolam ikan ini iaitu Muhammad Zouzei bin Mt Yusoff (013-9515542) bukanlah pengusaha yang boleh goyang kaki dalam mengusahakannya tetapi terpaksa mengambil risiko dalam menghadapi ancaman haiwan seperti memerang. Kolam ikan air tawar ini sentiasa dibuka kepada pengunjung dalam dan luar terengganu. Ikan air tawar ini juga boleh ditempah ditalian yang telah tertera di atas.

Leave a comment