Perabot Kayu

ABDULLAH PERABOT
51-A JLN Masjid Kampung Padang Macang manir,
21200 KualaTerengganu
No Tel: 013-9649021

PENGENALAN
Bengkel perabot ini diusahakan oleh ABDULLAH BIN MUHAMMAD yang terletak di sekitar Dun Manir. Sebut sahaja mengenai perabot buatan sendiri, siapa tidak kenal Abdullah Muhammad. Bengkel kayu yang diusahakan sendiri ini telah menjalankan operasinya sekitar 5 tahun yang lepas. Sekarang Encik Abdullah menggaji 3 orang pekerja sendiri bagi melancarkan dan menguruskan bengkelnya.

Keunikan dan kehalusan hasil kerja tangan beliau cukup terkenal membuatkan setiap pembeli atau penempah tidak pernah tidak berpuas hati dengan hasil kerja Encik Abdullah. Beliau menerima tempahan seperti pintu rumah, kabinet dapur, almari dan lain-lain lagi.

Antara kayu-kayu yang digunakan untuk membuat perabot ialah kayu nyatoh, cengal, jati, sentang, semakok dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, bagi pelanggan yang mahu menempah perabot dengan beliau, pelanggan perlu melalui beberapa prosedur mudah. Pelangan yang berminat untuk menempah perabot dikehendaki membayar wang pendahuluan terlebih dahulu untuk dijadikan modal pembelian bahan mentah. Selepas perabot telah siap dipasang, bayaran penuh perlulah dilakukan sebelum produk diserahkan kepada pelanggan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s