Kain Batik

Kain batik sememangnya salah satu daripada produk kebanggaan bumi Terengganu. Di DUN Manir, Kg. Padang Tengir khususnya, terdapat satu bengkel pemprosesan kain batik. Diusahakan oleh warga bumiputera yang mana juga merupakan pakar dalam lukisan batik, Mazlan Hj. Salleh memiliki bengkel pemprosesan kain batik sendiri. Bersama 4 orang pekerja utamanya, En. Mazlan dapat menerajui bidang ini dengan begitu baik sekali. Apa yang istimewanya ialah, mereka langsung tidak menggunakan sebarang mesin dalam kerja-kerja lukisan batik ini. Dengan hanya menggunakan kedua belah tangan, mereka telah dapat menghasilkan banyak kain batik yakni terdiri daripada pelbagai jenis corak yang unik.

Kelihatan dengan begitu jelas sekali, kain batik yang telah diproses oleh mereka telah dapat dipasarkan dengan begitu meluas sekali di sekitar bumi Terengganu, antaranya ialah di Pasar Terengganu, Bazar Warisan, Atika Batik, Desa Murni dan banyak lagi . Malah, ada juga yang membeli secara terus daripada En. Mazlan sendiri. Dianggarkan bahawa 1 helai kain batik iaitu sepanjang 4 meter dapat mengaut keuntungan sebanyak RM 300.00. Hal ini memang tidak asing lagi kerana kain batik buatan tangan sememangnya lebih mahal daripada buatan mesin disebabkan coraknya yang begitu teliti.

Selain itu, En. Mazlan juga tidak melepaskan peluang untuk membuat promosi ataupun pameran kain-kain batik yang telah dihasilkan olehnya. Dengan ini, beliau telah menubuhkan sebuah Showroom bagi tujuan tersebut. Lokasi Showroom juga berdekatan dengan bengkel pemprosesan kain batik. Sementara pelanggan meneliti pelbagai jenis corak kain batik, mereka juga dapat memerhati bagaimana ianya diproses sehingga menjadi begitu cantik sekali.

Sebarang info tambahan, bolehlah menghubungi:

Mazlan Hj. Salleh
09-6151643 / 019-9849517
Alamat Showroom: 517, Kg. Beladau Kolam, Manir, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Alamat Bengkel: Kg. Padang Tengir, Manir, 212000 Kuala Terengganu, Terengganu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s